Allahu a'lam, adalah sebuah kalimat dalam bahasa Arab artinya ialah Allahlah yang Maha Mengetahui atau biasa menjadi Wallahu A'lam yang artinya menjdai Dan Allah (yang) Maha Mengetahui. Ucapan ini dipakai bila seseorang mengemukakan pendapatnya tentang sesuatu dan dengan mengatakan hal itu seolah-olah ia mengatakan bahwa ia tak luput dari kesalahan dan segala pengetahuan adalah milik Allah semata.
Kalimah Wallahu a’lam jika didalam bahasa atau tulisan arabnya ialah: والله أعلم , dimana huruf wau و membawa maksud “dan”, perkataan الله yakni Allah, manakala أعلم bermaksud “Yang Maha Mengetahui/Yang Lebih Mengetahui”. Jadi jika digabungkan membawa maksud: “Dan Allah (yang) Maha Mengetahui”. Jika belajar nahu atau tatabahasa Arab, banyak maksud yang boleh diterjemahkan daripada perkataan والله أعلم itu sendiri, samada “Hanya Allah Yang Maha Mengetahui”, “Dan Allah Lebih Mengetahui” dan lain-lain.
A’lam itu asal katanya ‘alima artinya tahu. Dari kata dasar ‘alima itu kemudian terbentuk kata ‘ilman (isim mashdar, artinya ilmu/pengetahuan), ‘alimun (fa’il/pelaku, yakni orang yang berilmu), ma’lumun (pemberitahuan, maklumat), dan sebagainya, termasuk a’lamu/a’lam (lebih tahu).
Dan jika Wallahu ‘alam artinya “Dan Allah itu alam”, bahkan tidak jelas apa arti ‘alam di situ? Kalau ‘alamin atau ‘aalamin, jelas artinya alam, seperti dalam bacaan hamdalah ,alhamdulillahi robbil ‘alamin.
Ejaan a’lam di dalam bahasa arab adalah – alif, ein, lam dan mim = أعلم
Ejaan ‘alam di dalam bahasa arab pula – ein, lam dan mim sementara = علم
Ejaan alam di dalam bahasa arab pula – alif, lam dan mim = ألم
Ejaan aklam di dalam Bahasa Arab pula – alif, kaff, lam dan mim = أكلم
Jadi, kalau yang kita maksud itu “Dan Allah Maha Tahu”, maka penulisan yang benar adalah Wallahu a’lam (والله أعلم) dengan tanda koma di atas yang menggantikan huruf ain dan bukannya Wallahu’alam (والله علم) bukan Wallahu ‘alam.
Penggunaannya selalu digunakan samada apabila kita disoal atau ditanya mengenai perkara yang kita tak tahu atau tidak pasti. Contohnya jika disoal: Ali, kamu tahu kenapa jantung kita berdegup tanpa henti? Jika tak tahu sebutlah, saya tak tahu, Wallahu a’lam.
Selain itu, Wallahu a’lam juga digunakan di dalam penulisan ilmiah. Jika anda membaca kitab-kitab agama memang akan selalu berjumpa perkataan Wallahu a’lam. Sebab untuk sentiasa mengajar diri dengan sifat tawadduk, dimana walau setinggi mana pun kajian kita, dan sebagus mana pun penyelesaian kita tentang sesuatu masalah, akhirnya kita sebut perkataan Wallahua’lam supaya kita sentiasa sedar bahawa ilmu itu milik Allah SWT dan Dialah yang lebih mengetahui-Nya. Penggunaan perkataan Wallahu a’lam ini juga digunakan supaya kita sedari bahawa ilmu dan pengetahuan kita terbatas dan kita hamba Allah yang lemah.
{ARM}
Sumber
www.google.com
http://ahmadinislam.blogspot.com/
www.facebook.com/CeramahOnline
http://id.wikipedia.org/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Komen Kritik dan Sarannya ya...